Friday, October 23, 2009

Zero Mind Process

Telefon ku berbunyi. Alamak! Dah pukul 2. Tak solat zohor lagi. Tak sempat la nak relod ni. Teringat duit RM 10 atas meja. Hu~ Aku bergegas untuk solat dan bersiap ke tempat kerja. Beberapa minit kemudian, aku telah siap untuk ke tempat kerja. Kunci di atas meja study dalam bilikku ku capai. Ek? Mana RM 10 tu? Yang ada resit konvo adikku. Aik? Nape lak atas meja aku? Hum.. Duit tu mana ek?

Sebelah hati cakap : Ada orang amik ke? Adik guna kot... Alahai~ nape tak bitau? Dah la pokai ni. Adush~

Sebelah lagi hati cakap : Takpe la... Insya ALLAh ada rezeki lain.. Duit tu bukan apa2....

Sepanjang perjalanan tu, hati aku berbolak balik. Sangka baik selalu. Pesan hatiku. Takpe. Alaaaa~ Macam2 yang berlegar dalam hatiku. Fuhh~ Aku SMS adikku. Tapi tidak berbalas. hummmp!

Balik dari office petang tadi, aku cari lagi. Belek2 buku ESQ yang baru aku beli di KL hari tu. Belek punya belek, sekali terjumpa la duit tu. Ha kan? Agaknya adik aku simpan dalam buku tu supaya tak tercicir diterbangkan angin. Huhuhu.... Susahnya sebenarnya nak bersangka baik.

Daripada kejadian tadi tu, aku tau aku tak pass lagi nak bersangka baik. Masih lagi ada persepsi negatif dalam hidup. Huuuu~

Tapi aku belajar sesuatu dari buku ESQ tu. Zero Mind Process...

1) Hindari berprasangka buruk, upayakan berprasangka baik kepada orang lain

2)Berprinsiplah selalu kepada ALLAH yang Maha Abadi

3) Bebaskan diri anda dari pengalaman-pengalaman yang mengganggu fikiran

4) Dengarlah suara hati, peganglah prinsip "kerana ALLAH", berfikirlah melingkar, sebelum menentukan kepentingan dan keutamaan

5) Lihatlah semua sudut pandang secara bijaksana berdasarkan semua suara hati yang bersumberkan asmaul husna

6) Jernihkan fikiran anda terlebih dahulu sebelum menilai sesuatu. Jangan melihat sesuatu kerana rekaan di fikiran kita, tetapi lihatlah apa adanya

7)Janganlah terbelenggu oleh fanatisme, berfikirlah melingkar dengan 99 suara hati. Jadilah orang yang berhati Zero
p/s: Istighfar banyak2 kalau kat dalam hati kita tu ada prasangka buruk. Bukan apa, Syaitan tu kan suka sangat menghasut anak-anak Adam kan.. =) Insya ALLAh sama-sama kita berusaha. Nak tau lebih lanjut pe yang boleh kita dapa daripada buku tu, bacalah... Nak lagi tau, p traning ESQ tu sendirik. Heee~
Wallahu'alam.


Monday, October 5, 2009

Diet Oh Diet!

Salam Lebaran. Selamat Kembali Menulis. Hee... Raya Oh Raya! Tahun ni aku jadi driver sepenuh masa. Driver mak aku + kawan-kawan aku. Hari tu masa p umah bos aku dia boleh tak percaya aku leh driving. Tau pe dia cakap?

"Ko driving ni? Dah besar ko yek? Dah kejo pun sekarang..." Aku tergelak dengan kata-kata bos aku tu. Alahai bos.... Badan je kecik. Tapi saya ni dah tua... hee... kalau aku tak leh drive sape lak nak jadi driver mak aku? *wink*

Hari ni nak kongsi sket cite semalam.

SEMALAM

Aku ingatkan nak puasa 6 hari ni. Tapi jahatnya syaitan, aku berbuka jam 10 pagi. Ikut Kak Ayu minum pagi. Alahai manusia2... Dia yang tak leh control nafsu nak makan, syaitan juga yang kena. Dah memang kejo syaitan menggoda manusia. Yang ko tu tergoda kenapa? Ha... Itu jawab sendiri. Lemahnya iman....

Ok, kembali bercerita. Aku turun minum dengan Kak Ayu. Kak Ayu ni student praktikal kat office kitorang. Kat kantin kitorang terjumpa dengan Mr. Lawyer. 'TERJUMPA'?? *wink* Pak Cik2, Mak Cik2, Kakak2, Abang2, Adik2 yang tau cite, senyap je tau. Nak tau pe cite, jumpa aku yek kengkawan... hiiiiii~

Nak dijadikan cerita, aku terlupa bawa duit. Jadi aku p office mak aku kat tingkat 1, pinjam duit. (Yeke pinjam? Ke amik terus?hee...) Sekembalinya aku ke kantin, aku tengok Kak Ayu dan duduk semeja dengan Mr. Lawyer. Iyer la.. Dah kawan dia masa kecik2. Jadi, tak hairanlah. Nampak je muka aku terpacul kat kantin, Kak Ayu terus lambai tangan kat aku soh dok ngan dorang. Mr. Lawyer pun sama. Aku senyum, angkat tangan then order makanan. Tak lama kemudian, aku duduk dengan dorang.

Borak punya borak, tak perasan jam pukul 11.10 pagi. Alamak!! Dah lewat. Aku gamit Kak Ayu, then kitorang terus balik office.

Hari ni aku rasa aku memang banyak cakap. Mana tak nya dek segan dengan Mr. Lawyer yang cuma makan semangkuk kecik sayur. Aku ngan Kak Ayu lak makan bihun sup semangkuk sorang.

"Diet ke?" tanya aku sekadar berbasa basi. Dah tak tau nak cakap apa. Kak Ayu pun senyap je. Alahaiiii~ Rupanya betul dia on diet. Tau tak, Kak Ayu cakap masa sekolah dulu, Mr. Lawyer tu gemuk sangat. Tak tau la macam mana. Aku tak leh bayang. Sekarang ni dia dah kurus santa sampai Kak Ayu pun tak cam tu Si Gemuk yang dia selalu buli masa sekolah dulu. Kelakar bila dengan cerita Kak Ayu.. Hik.. Hik...

Tak rugi aku ringan mulut hari ni. Ada la sikit ilmu yang aku leh kongsi.


Aku : Kenapa tak makan nasi sekali?
Mr. L : Nanti tengah hari. Bukan apa. Nak elak ngantuk. Nasi ni leh wat orang ngantuk.
Aku : Oh, ye ke? (saja je wat muka surprised. Padahal dah tau.. he...)
Mr. L : Ni terpaksa. On diet. Hari tu dah melantak banyak masa raya. Dapat bayangkan tak kartun buka mulut besar-besar sambil sumbat mulut dengan seperiuk besar makanan? (Aku blur sekejap. Then aku dan Kak Ayu senyum tengok aksi dia. Alaha~~~ Boleh tahan juga loyar buruk Mr. Lawyer ni.)
Aku : Atas kepala saya ni de tanda ?, *, #. Ha... dapat bayang tak? (Giliran Mr. Lawyer lak tergelak. Aku ni kalau nak jadi lawyer memang tak leh. Tapi loyar buruk, bila-bila masa je. *wink*)
Mr. L : Diet ni bagus. Saya makan 6 kali sehari... pukul 8, 10, 1... (aku tak ingat exactly waktu makan dia. Tapi malam dia memang tak makan makanan berat)
Aku : Jadi makan kena ikut waktu la ni?
Mr. L : Terpaksa. Tapi bagus sebenarnya. Kita jadi lebih fokus. Kerja pun teratur. Bla...bla... bla...

Ni la yang aku nak kongsi yang sume. Nak diet, kena cara yang betul. Selain dapat kuruskan badan, dapat disiplin diri jugak.

Walau bagaimanapun, sebaik-baik diet adalah cara makan Rasulullah S. A. W. Rasulullah makan buah/manisan sebelum makan. Tapi kita? Rata-rata makan buah lepas makan. Sedangkan buah kalau di makan sebelum makanan berat boleh membantu proses pencernaan kita. Lagi? Rasulullah tak makan sambil minum. Tapi kita? Hee... sebab tu ramai yang boroi..

"Rasulullah tak makan buah dicampur susu (koktel). Rasulullah tak makan makanan darat+laut (cas yang berlainan akan menganggu proses kordinasi badan). Rasulullah biasa makan satu lauk sahaja" kata-kata Ustaz Azhar pada Kuliah Ilmu Fiqh terngiang-ngiang di telingaku.

Secara saintifiknya, kalau dikaji, ternyata cara pemakanan Rasulullah contoh terbaik yang patut kita teladani. Hati terang, mudah belajar, mudah terima ilmu, tak cepat ngantuk, lebih fokus, tak boroi... heeheh....


Jum sama-sama kita amalkan diet yang sihat... Wallahu alam...

Wednesday, September 16, 2009

Rumah Baru, Orang Baru, Buah Ati Baru?

Salam.... Dah rajin kan aku posting skang... Atleast dari takde' kan? Heee~ Saje... Baru-baru ni g usrah gabungan ABM-PERKEPIS-ABIM... "Sekarang ni kita ramai penceramah.. boleh cakap macam-macam.. Isinya senang nak dapat. Baca buku ckit, ubah-ubah, then dah bley cakap... Tapi berapa ramai yang benar menyampaikan dari berguru? Rata-ratanya jadi guru sendiri... Kita dah kurang adab dalam menuntut ilmu sekarang..." kata Abang Syeed, mantan YDP PERKEPIS.
Sejak aku balik, aku rasa lain. Maaflah aku dah jarang berkongsi apa yang aku baca atau aku dengar dari penceramah di Tv. Banyak yang aku sedar tentang adab menuntut ilmu sejak mengikuti kelas Habib Muhamad Al-Attas di Gita'. Nak tau ape yang aku dapat, t aku kongsi. Tapi bukan di sini....
Haaa... Raya tinggal dua hari... rumah baru, orang baru, buah hati baru? Jeng... jeng... jeng....
Yer... rumah aku dah transform untuk pengetahuan kawan-kawan yang dah lama tak datang umah aku... heeee` korang wajib datang... tau?? Takde' la transform banyak sangat. Saje nak wat nampak lebih gempak je'. Supaya korang lebih semangat nak datang umah aku... hahaha...~
Tahun ni de dua orang baru bersama kami berhari raya... adik ipar aku, Muhammed 'Afif Iskandar dan buah ati baru aku... heee~ buah ati baru? Nak tau sapa? Meh la datang umah.... hikhik... *wink* x sabar nak tunggu raya. Tah camne la agaknye yek?? hiiii~
Tahun ni dah kerja. Alamatnya tahun ni aku takde' la dapat duit raya lagi. Alahai~ aku lak yang kena siapkan kertas angpau banyak-banyak, tukar duit beso jadi duit kecik... Tak bagi kat orang lain, atleast bagi kat anak sedara dan nenek kan? Nak wat camne? Dah Beso~ Huuu~
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin buat semua....
p/s: buah ati... senyuman awak tu comel la... suka awak~ =P

Thursday, September 10, 2009

Dah nak raya?

Salam.....Pejam celik, pejam celik, hari ni dah 21 hari kita berpuasa. Macam tak caye je.. He... ~ Teringat tahun lepas waktu ni aku masih lagi kat Johor. Hari-hari aku tak sabar nak balik swk. Tahun ni tak de dah.. Pejam celik pejam celik, dah lebih 9 bulan aku kat swk. wahhhh~ sonok sangat... Puasa kat umah, g bazaar kat Jalan Semarak, terawikh kat kampung, bertadarus kat sebelah kpg, shopping kat satok, tak yah tunggu2 nak balik swk... yang paling penting, dapat habiskan masa ngan mak sepanjang Ramadhan ni~ waaahhhhh... seronok~ =)

Dah nak raya dah kan? 10 hari ni lah ramai giler orang kat shopping complex. hee... orang sibuk nak kejar lailatul qadr, kite plak sibuk nak shopping... Huuuu~

Teringat lagi dulu kat Johor. Masa tu aku keje kat Pusat Kauseling Dan Kerjaya UTM, Skudai Johor. Setiap jumaat kitorang de usrah ringkas. Suka dengar Kak Dayah nyer perkongsian. Kalu tak silap aku de kongsi pada Ramadhan tahun lepas kat blog nih~ Apepon, aku kongsi sket la amalan-amalan yang baik masa puasa ni.

Kak Dayah pesan, Rasulullah nyer amalan, baginda soh kite lewat-lewatkan sahur, cepat-cepatkan berbuka. Maksudnya, waktu nak berbuka tu, jangan la tunggu habis doa tu baru nak minum ke, makan kurma ke... Sebaiknya, masuk je waktu berbuka, baca basmalah, terus minum. Then baru baca doa berbuka dan baca doa makan. Doa makan jangan lupe tau....~ he...~ Kalau boleh, tambah lah doa apa2. Doa dapat kerja tetap ke... Bagi yang tak dapat kerja tetap macam aku la... he...~ sebab antara masa doa paling makbul adalah masa buka puasa...

Tu je aku nak kongsi kali ni~ nak kua ngan mak~ he.. moga beroleh manfaat. Jangan lupe, kita sama-sama usaha buat yang terbaik lagi untuk 10 hari terakhir ni k... =)

Selamat Berpuasa~

p/s: Raya-raya jugak, tapi jangan lupe jaga diri, sama-sama tingkatkan amalan. Insya ALLAH... =)

Thursday, August 20, 2009

Salam Ramadhan Al-Mubarak

Salam buat semua, salam Ramadhan Al-Mubarak.....

Moga Ramadhan kali ini akan membawa seribu makna perubahan dalam diri kita untuk jadi insan yang lebih baik dari sebelum ini. Sama-sama kita ok.... =)

p/s: Raya jangan lupak datang umah. Hehehe